Tasawuf Moden Pak Hamka

Assalamualaikum w.b.t...
Apa khabar semua, harap semua sihat sejahtera dan dalam pemeliharaannya..

Insyaallah... Hari ni saya nak kongsi dgn tuan2 dan puan2.. point2 penting yg saya petik daripada buku almarhum Hamka yg berjudul "tasawuf moden". Mungkin point2 ini bagi sesetengah orang lain ia sekadar biasa-biasa dan mungkin bg sesetengah orang lain pula dianggap permata.. a'la kulli hal.. permata mungkin lebih berharga sekiranya lautan dalamnya diselam sndri.
Kerana bersusah payah dalam mencari sesuatu itu menjadikan bernilainya sesuatu yg dianggap biasa.

Pepatah arab ada mengatakan "kalau tidak mampu melakukan semua, jangan tinggal semua" menyedari hal itu, sukalah saya berkongsi dengan tuan2 dan puan2 kata2 hikmat pujangga hamka ini.. nikmatilah....




Jd smpai sekarang belum juga dapat org menentukan, bilakah masanya org merasa bahagia. Org rindu akan sesuatu sblm ada padanya, demi bila telah ada, hilanglah kerinduannya, sbb segala isi dunia ini indahnya sblm ada di tangan.
Pg 22

Sbb itu skli2 tdaklah bernama bahagia dan nikmat jika hati dan khayal kita hanya kita perhubungkan dgn barang isi alam yg zahir ini.

Sekarang mengertilah kita, bhawa sgala ssuatu di dalam alam ini baik dan buruknya bukanlah pada zat sesuatu itu, tetapi pda penghargaan khendak kita atasnya, mnurut tinggi rendahnya akal kita.
Apalah gunanya pena emas bg org yg x pndai mnulis? Apalah hrga al-quran bg seorang vrijdenker(freethinker)?
Pg 23

Kata mutanabbi "org pengecut mati beribu kali, org ramai matinya hnya sekali"
Pg 26

Cumanya syg, kelakuan kita bangsa manusia ini, lbh takluk kpada khendak jasmani yg akan hncur dlm liang lahad, dan tiada peduli kpada kehendak rohani yg akan hdup selamanya.
Pg 26

Bertambah perhatiannya, bertambah trbuka hijabnya, hijab yg tertutup adalah pada ilmu yg belum smpai, masih di tengah perjalanan.
Pg 92

Iman adalah sumber kekuatan, hati sumber keindahan alam pda penglihatan mata, iman mnyebabkan hdup mmpunyai maksud dan tujuan, shingga timbullah minat mencapai maksud  dan mngejar tujuan itu. Iman menimbulkan cita2 utk beroleh ganjaran dan pahala di atas pekerjaan yg dikerjakan. Tidak beriman mmbawa kpada tegak hidup yg tdak bersendi mmbawa keberanian merosak dan sewenang2 kpada manusia.
Pg 95

Mereka percaya bahawa kelemahan yg menimpa mereka adalah takdir tuhan, tak boleh dibantah, tak perlu sebarang ikhtiar utk mnghilangkan, sbb tlah trtulis lbh dahulu dlm azal, di luh mahfuz, smasa alun beralun, langit belum, bumi pun belum, untung jahat dan untung baik telah tertulis lebih dahulu.
Pemesongan kpercayaan sprt ini mnjdikn umat lemah dan putus asa. Sbb manusia x dptengetahui bagaimana isinya luh mahfuz itu, sdg dia telH memutuskan saja bhwa yg tertulis di sana "kehinaan".
Yg kedua luh mahfuz itu adalah ummul kitab, ibu dari kitab dann nasib, yg memegang dan mengaturnya adalah tuhan sndri, isinya menurut khendak tuhan, bkn mnurut khndak kuta, tuhan bisa merubah, juga bisa mnghapuskan dan bisa menetapkan, bahkan juga menambah bukan tetap bgitu saja.
Pg 116

Agama ditaklifkan(diperintahkan) kpada org yg berakal dan org yg baligh, sbb dia telah ada malu.
Pg 121

Berkata hasan albasri, pimpin dan kendalikanlah jiwa dgn baik, kerana ia amat liar, dan beri ingatlah, kerana dia lekas lupa.
Pg 171

Org berakal tidak akan mmbangkitkn angan2 nafsu, tidak mncari dan mengorek yg akan mnimbulkan marah. Melainkan dibiarkannya syahwat dan nafsunya tinggal tenteran. Digunakannya syahwat dan marah itu bukan utk mnyerang, ttpi utk mmpertahankan diri.
Pg 172

Ajarlah beradab smenjak kecil, laksana kayu, dptlah ranting2nya itu diputar dan dibelokkan smsa kecil, klu sdh besar tidak dpt diputar2 dan dibelokkan lg,ttp dpotong dgn pokok.
Pg 173

Sakit kena cela itu adalah tabiat manusia cintakan diri.
Pg 175

Kata alkindi:"jgn meniru perangai lampu, menerangi org lain ttpi diri sndri terbakar, ttpi contohlah perangai bulan, tiap2 dia bertentangan dgn matahari, dia mndapat cahaya baru.
Pg 177

Jika ada seorang pemuda beroleh kekayaan lantaran pusaka, tidaklah merasai nikmatharta pusaka itu, sbg nikmat yg dirasai ayahnya di kala hidupnya dgn usaha sndri.
Pg 179

Mncari bahagia bukanlah dari luar diri, tetapi dari dalam. kebahagiaan yg dtg dari luar, kerapkali hampa, palsu.
Pg 179

Di sini nyatalah erti yg sebenarnya pd kekayaan dan kemiskinan. Org yg plg kaya, ialah yg plg sdikit kperluaannya. Dan org yg plg miskin, ialah yg plg bnyk kperluannya.
Pg 179

Hibailah org yg lupa akan kekayaan kembaran jasmaninya, iaitu rohaninya, menghabiskan umur mengejar barang yg tidak di bawanya dari perut ibunya, dan tidak di bawanya pula pulang ke akhirat.
Pg 181

Cmburu mst ada pda laki2, supaya nasab keturunannnya jgn rosak.
Pg 191

Drpd hidup bercermin bangkai, lbh baik mati berkalang tanah.
Pg 192

Marah kerana diri menutup keadilan, dan marah kerana agama mencari keadilan.
Pg 192

Mafhum dri hadis nabi saw : "lekas2 hantarkn mayat ke kuburnya. Sebab kalau dia org salih, supaya lekas dia bertemu dgn pahalanya, dan kalau dia jahat, supaya jgn lama dia mmberati di dunia ini.
Pg 219

Sbb rahsia dunia ini ganjil sekali, tiap2 kemuliaan mengandungi racun, dan tiap2 kesengsaraan mngandungi faedah.
Pg 222

Manusia hdup d dunia ini diancam akan 3 perkara. Panah kejatuhan, panah penyakit dan panah kematian.
Pg 222

Kalau Allah x mnjadikan kesengsaraan, di manakah org akan kenal kelazatan bahagia?
Pg 228

Seakan2 Allah berkata,"telanlah ubat ini hai hamba-ku, supaya lekas sembuh!"

Pahit, ya tuhanku...

"Tahanlah pahit, supaya engkau lekas sembuh"
Org yg x percaya dihindarkannya dan dikicuhnya meminum ubat shngga dia beroleh penyakit lbh berbahaya. Org ygpatuh dan taat, ditelannya juga wpun pahit dan x enak, sbb dia mngharap sembuh.
Pg 229

Sakit dan pedih itu mst ada. Bumi x subur tanamannya jika tidak diluku dahulu dgn bajak yg tajam. Intan digosok baru timbul cahayanya. Emas dibakar baru dpt mnjd gelang. Bagi insan, dakit dan pedih itulah yg menimbulkan fikiran baru, sakit dan pedih menimbulkan ikhtiar baru, sbb air mata saja tidaklah menolong dan meringankan tanggungan.
Pg 229

Kepedihan adalah bayang2 manusia, dia tak dapat menceraikan manusia selama2nya. Tidaklah berfaedah org yg hendak menghilangkan kesakitan dan kepedihan sbb hlg dahulu manusia, baru hlg kepedihan.
Pg 230

Seorang pengembara yg tgh kehausan di padang belantara luas dan kekurangan air wpun dia mmbawa seguni emas urai, tidaklah ada hrganya dibandingkan dgn segelas air yg sdg dicarinya.
Pg 243

Seorang hartawan ditanyai org, bagaimanakah perasaannya dgn hrtanya yg bnyk itu, adalah dia bahagia, ataukah dia beruntung?

Dia menjawab,"kalau dikatakan beruntung dan bahagia lantaran bnyk hrta, maka susah mengurus harta, lebih saya rasakan dari mudahnya. Jika kerana harta itu dpt dicapai sgala maksud, maka bertambah bnyk hrta, bertamabah bnyk dan lbh bsar pula yg teringat dlm hati, sehingga selama2nya blm pernah ckup.
Pg 242

Maka yg menentukan harga harta ialah keinginan mita sndri. Keinginan , sekali lg keinginan.
Pg 245

Alangkah celakanya org kaya! Badannya tak pernah senang, istirahat tak memuaskan, siang malam berhati bimbang takut hrga susut. Raja2 selalu mengintip, musuh2 slalu mngawasi, dan waris sntiasa memohonkan lekas mati.
Pg 248

Qanaah adalah tiang kekakyaan yg sejati. Gelisah adalahbkemiskinan yg sebenarnya.
Pg278

Kerana menurut keyakinan kami, nikmat dunia itu belumlah patut disebut kesenangan, sbb nikmat dan kesenangan yg sejati adalah di akhirat.
Pg280

Org yg Zahid ialah org yg tidak dipengaruhi harta, walaupun seluruh isi dunia ini dia yg punya.
Pg284

Kata saidina ali "wpun seorg laki2 menyimpan sekalian hrta bnda yg ada di bumi ini, ttpi dgn niat hndak mnghadap Allah, tidaklah Allah akan berpaling daripadanya.
Dasar zuhud hanyalah satu, iaitu, jangan terlalu gmbira beroleh untung jgn cemas beroleh rugi. Kalau ini telah dipegang maka ubun2 zahid telah ada dlm tgn".
Pg285

Mmg diakui bhw dgn mengunci pintu x dpt menolak qadar. Kunci, kandang x dpt menangkis nasib, melainkan dgn izin Allah jua. Ttpi tidaklah boleh kita lantas trus saja lati kpda taqdir, klu ikhtiar belum smpurna.
Pg292

Org yg hdup hnya diikat oleh mencari sesuap nasi, bukan diikat oleh keenakan mengerjakan pekerjaan, amat sukarlah merasai bahagia, tetapi kian lama kian mundur tenaganya, dan kian kecewa hatinya.
Pg335

Lekas tidur dan perkara kecil2 jgn menggoncangkan hati, kerana kalau dibiasakan tergoncang lantaran perkara kecil, tenagamu akan lemah mnghadapi yg lbh bsar. Lekas bangun.
Pg348

Perjuangan hayat selalu menghendaki kepayahan akal. Akal yg menang ialah akal yg selalu diasah, dicubakan. Akal yg lekas mengeluarkan pendapat yg dihukumkan, dan selalu pula menilik apa yg di belakang yg nmpk di mata. Kalau akal ini dibawa berjuang, kerap kalilah dia menang dan sedikit kalahnya.
Pg348

Sungguh, kebahagiaan itu diperolehi di dlm perjuangan yg berterusan. Bahagia yg plg besar ialah pda kmenangan yg silih berganti. Dan kmenangan tidak ada, klu tidak ada perjuangan.
Pg351

Ingatlah pernahkah seeokor burung helang yg terbang mmbumbung tinggi mmpedulikan halangan burung layang2 yg menghalanginya?
Pg354

Dia berjalan menuju bahagia padahal bahagia berada di langit, sdg dia di bumi.bahagia ke kanan dia ke kiri. Waktu itu nyata bhw umurnya terbuang percuma, dia nafkahkan waktunya terlalu bnyk padahal waktu telah lpas x dpt dikejar lg. Ketika itu terhenyaklah dia duduk, gelap mata, payah badan, lemah segenap sendidan anggota. Sekarang yg didapatinya bukan bahagia, tp celaka dan kesedihan, menyesal dan putus asa, lbh hebat dari sblm dia melangkah dahulu.
Pg363

Segala sesuatu ada buruk dan baiknya. Maka sekiranya kita melihat alam atau manusia dgn mata kebencian, tidak akan terdpt dalam alam barang yg tidak tercela.
Pf 365

Di sini dptlah kita melihat, bahawa bahagia dan celaka itu berpusat kepada sanubari org, bkn pada zat barang yg dilihat.
Pg366

Kata ibn taimiyah " bahawasanya di dunia ini ada satu syurga, barangsiapa yg blm pernah menempuhnya, tidaklah dia akan menempuh syurga di akhirat."

Dan katanya pula" apakah yg akan dilakukan oleg musuh2ku kpadaku? Syurga dan jannahku ada dlm dadaku ke mana pun,aku pergi, dia ikut dgn daku. Jika kau dimasukkan org ke penjara, itu adalah khalwatku. Kalau aku diusir dari negeriku, adalah ganti aku bertemasya.

Jikalau aku keluarkan emas spenuh benteng tmptku dpenjarakan itu, akan jd derma, blum juga dpt aku hrgai kesyukuranku koda tuhan lantaran nikmatnya yg begini.

Aku bkn terpenjara, sbb org yg terpenjara, ialah dipenjarakan hatinya di tgh perjalanan mencari tuhannya. Aku bkn tertawan, sbb yg tertawan itu ialah yg ditawan oleh hawa nasunya.
Pg367

Kalau engkau tak sanggup mengerjakan sesuatu, tinggalkanlah!
Dan pindahlah kpada apa yg lbh engkau sanggupi.
Pg374

Wallahua3lam.....

Comments

Popular posts from this blog

kisah sahabat rasulullah s.a.w dalam menggenggam tauhid kepada Allah s.w.t

Pilihan kata-kata daripada buku "mudahkan jangan susahkan"