ASAM PEDAS KAW MELAKA
assalamualaikum w.b.t
mood tgh semangat nak menulis hahaha... so, kita sambung lagi crta pasal melaka ni... selain terkenal dgn coconut shake, melaka juga menurut pendapat peribadi aku yg x seberapa ni la kan? aku rasa asam pedas jugak salah satu menu yang terkenal di sini, hujahnya... first time aku smpai sini aku nmpak bnyak sungguh kedai-kedai yang jual asam pedas ni, sampaikan kwsn hotel yg aku sewa ni pun kalau tak silap aku ada dua tiga kedai yang juai asam pedas... dekat2 pulak tu. mula2 tu aku pelik jugak la... awat la depa ni juai bnda yg sama, dekat2 plak tu?? ok ka bisnes mcm tu? bnda yg sama ja.. juai la bnda yg lain... hahahahah...
tp bila difikirkan balik situasinya xdak beza pun klu nk dibandingkan dgn kedah. klu dekat kedah kedai tomyam pun ada yang duduk dekat2, juai bnda yg sama jugak... tp hdup ja.. rezeki msing2 kan? lg satu klu di kedah ni boleh dikatakan setiap kedai mkn nasi campur mst ada gulai punya, gulai itik, gulai ayam, gulai kwah, gulai nangka, gulai batang pisang, gulai ikan kering dan mcm2 lg la..
berbeza di melaka, klu di melaka ni asam pedas ni mcm2 jenis ada, asam pedas ayam, ikan pari dan lain2 lg, klu di kedah yg biasa aku mkn asam pedas ikan termenung tu ja la.. tu pun mmg jauh berbeza dgn asam pedas melaka. asam pedas versi kedah sgt2lah cair, klu letak dalam mangkuk mmg nmpaklah dasar mangkuk tu... hahaha.. dan asam pedas kedah pulak, tahap kepedasan dia biasa2 sahaja, blh dikatakan x pedas langsung lah.
berbalik kepada asam pedas melaka, aku pada mulanya xla berkeinginan sgt nak rasa asam pedas ni, dua hari di sini, aku perasan satu bnda, kat melaka ni x bnyk sgt kedai2 tomyam yang diusahakan oleh warga asing dari thailand khususnya warga selatan thai yg beragama sama dgn kita, iaitu islam, pendek kata aku x nmpak langsung la kedai tomyam patani kat melaka ni, kot la ada... cuma mungkin aku yang x perasan, yang aku perasan hnyalah kedai2 asam pedas yg berselerakan di seluruh pelusuk bandaraya melaka ni, tu yg mmbuatkan aku teringin nak rasa tu.
teringin nk rasa tp malas nk beli... haha, itulah yang aku rasa, hari terakhir di melaka lepas melawat tmpt yg terakhir, otak aku cuma fikir nak balik ja.. perjalanan masih jauh kot, aku pun x pasti nk smpai kedah pkul berapa, sedang dlm perjalan nak balik tu, anak sulong aku yg umur 6 tahun tu tetiba ja mengidam merengek2 nak minum kopi ais. aku pun ckplah "minum air mineral tu dulu, nnt abi nmpak kedai makan, abi singgah beli kopi ais" anak aku diam dan akur terima arahan aku. selang 30 minit perjalanan aku ternampak kwsn rnr di kiri jalan, x ckp bnyak aku pun belok dan parking terus menapak p bungkus kopi ais. sambil2 dok tunggu kopi ais tu siap sempat la aku perati lauk2 asam pedas kat kedai tu... last aku tertewas jugak, aku suruh makcik tu bungkuskan aku asam pedas ikan pari.
alang2 sampai melaka kan? rasa mcm x lengkap pulak klu x rasa asam pedas ni, bisik aku kat diri sendiri hahaha... makcik tu sbnarnya dah nk tutup kedai dah, so, dia bg hrga special la kt aku, dua ketul ikan pari besar hnya rm 10 ringgit.. bg aku berbaloi la, sbb ikan pari rasanya mahal kan? so, dh siap bungkus apa semua aku pun teruskan perjalanan, niat dihati smpai mana2 rnr japgi baru aku makan asam pedas ni, masa tu rasa biasa2 ja, x letak andaian yang tinggi pun? sbb makanan kat rnr ni hmpa paham2 ja la.. susah nak cari yg sedap, sekadar nak hilangkan lapar boleh la, hrga plak bleh tahan kental dia punya yahudi.. hahha
alright, akhirnya selepas selesai solat jamak maghrib dan isyak, kami sekeluarga pun pergi bersantap, lauk dah ada, cuma nasik belum ada? nak order nasik kosong mcm segan la plak, so.. aku pun order la 2 pinggan nasik dgn telur dadar yg rasanya dh berapa lama terdedah aku pun xtau la.. rasa keras2 skit.. dua pinggan rm 6.. x berbaloi lgsg.. klu di kedah 2.50, skli sup, sambal belacan dan timun. malas nak ckp bnyak aku pun bukak tapaware asam pedas td.. pergh, bau wangi daun kesum menusuk hidung aku yang x berapa nak mancung ni, membangkitkan selera nafsu serakah manusiawi aku yg x dpt dibendung lg... aku pun cedok dan cedok dan cedok dan cedok smpai berlinang pinggan aku dgn kuah asam pedas, selalu aku mkn nasi kandar ja mcm ni, kali ni lain sikit, kuah asam pedas yang berlinang.. suapan yang pertama... pergh....... memang kena dgn selera aku, ada masam2 skit, isi ikan pari yang lembut... memang syahdu la asam pedas ni... memang x mnyesal aku tapau td... ending dia dua pinggan aku telan malam tu.. nasik anak aku yang x habis pun aku sental smpai licin...
bini aku tgk ja aku makan dgn lahap.. sambil dia bnyi "asam pedas x kena dengan selera saya, saya x reti la nk mkn ikan pari ni?" aku sengih ja.. sambil ckp aku nak bwk blik kuah asam pedas yg x habis skit lagi ni, nk sambung makan kat rumah pulak. klu dah mcm tu dia pnya semangat xkan la x sedap lg kan? smpai kuah saja pun sanggup simpan.. haha.. serius sedap.. inilah first time aku mkn asam pedas yg kuahnya betul2 pekat, kaw dan padu..aku makan x panggung dah hmpa tau?? kalau boleh aku nak sruh bini aku bljr masak buat asam pedas mcm ni... barulah aku x cari yang lain dah... hahahaha gurau ja.. klu dia baca ni mampos aku.. ok lah dah lewat malam aku gerak dulu.. esok kena bangun awal, nk sambung layan magnificent century sat.. lpas tu tdoq... assalamulaikum w.b.t

Comments
Post a Comment