SPX PROBLEM
Dua bulan selepas dilancarkan skim gaji baru ni, terdapat perubahan mendadak kepada pendapatan driver, kalau yg dulunya sebulan pendapatan bersih 3.5k hingga 3.8k sekarang driver hanya dapat 2.4k sahaja. Situasi ni sgt menyesalkan dan menyedihkan bg driver yg kwsn mereka mempunyai volume parcel yg rendah.
Skim gaji baru ini menekan driver supaya membawa 3000 parcel sebulan utk mendapatkan gaji bermaruah, akan tetapi masalah di sini bukanlah driver tidak mampu utk mmbawa 3000 parcel, masalahnya ialah, kekurangan aliran parcel driver d2d yg beralih arah kepada parcel bsc ( buyer self collect). Bilangan pelanggan yg ramai memilih option shipping bsc kerana lebih murah, menyebabkan spx sekarang lbh memfokuskan driver bsc berbanding d2d.
Spx secara berperingkat telah mengintegrasikan sistem operasi mereka supaya mesra bsc, mereka menutup ruang serapat mungkin supaya parcel bsc tidak terlepas kpd driver d2d, kerana mereka tidak mahu membayar lebih kepada driver d2d. Ini kerana sistem bsc menjmatkan perbelanjaan syarikat dan dpt memberi hrga shipping yg murah kepada pelanggan, oleh yg demikian penguncupan bilangan parcel d2d yg signifikan menyebabkan penggajian driver yg ramai tidak lg relevan, kerana pelanggan d2d sbnyk 30% telah lari kepada bsc, realitinya sekarang, seorang driver bsc mampu membawa 500-1000 parcel sehari seolah mereka boleh menggantikan 5-10 driver sekaligus.
Realiti ini sgtlah memihak kpd pihak spx kerana mereka telah berjaya mencipta satu sistem yg menjimatkan operasi mereka, pada masa yg sama demand terhadap d2d msh ada, oleh yg demikian langkah pengurangan driver mula diambil, secara terang2an mereka mula menukar status driver2 fulltime yg kononnya mmpunyai prestasi yg krg memuaskan kepada status ic (independance contract) yg tidak mempunyai keistimewaan sprt driver ft yg mmpunyai basic, bayaran public holliday, claim minyak dsb, bayaran ic adalah semata2 berorientasikan bilangan parcel yg berjaya di hantar. Pengurangan ini dilakukan bg menyeimbangkan bilangan driver yg berlebihan oleh kerana bilangan parcel d2d jgak berkurang. Jd ratio parcel d2d vs driver tidak seimbang, driver ramai sedangkan parcel kurang.
Manakala, secara halusnya pulak, mereka menekan dan memerangkap driver2 ft dgn target bulanan parcel sebanyak 3k, seandainya gagal mencapai target, segala elaun ditarik balik, antaranya elaun telefon rm 100, elaun servis kenderaan rm 300, claim minyak dari satu parcel rm 0.3 per parcel jatuh kpda rm 0.10, mnyebabkan driver hnya menerima rm 200++ shja sebulan utk minyak sdgkan mereka mengeluarkan duit mereka 500-600 sebulan, tindakan spx ini sgat2lah tidak bermaruah kerana merompak hak driver, mereka menggunakan kereta2 org miskin tapi enggan membayar minyak dan servis. Kereta yg diguna hari2 memerlukan servis dan perlu dibaik pulih dgn segera sekiranya rosak, semua ini memerlukan modal yg besar, tp pihak spx hnya berlepas tgn yg akhirnya driver terpksa beli brg alat ganti bayar ansuran di shopee sendiri kerana tidak mampu utk membaiki kereta mereka dek kerana kebebalan spx yg memberi gaji yg tidak bermaruah kpda driver mereka.
Pada hemat sy, driver adalah nadi kepada spx, yg sepatutnya mereka kurangkan ialah lembaga pengarah, manager2 yg x perform, hr dan sebagainya, plg tidak pun potong gaji mereka juga supaya ada keadilan di situ tp tidak, yg jadi target hanyalah driver.
Comments
Post a Comment